Cikgu Kacamata


12
Adakah Ianya Kulit Bab1?


Selasa, 4 Jun 2013

Alkisah...maka tersebutlah kisah ini.......

Kejadian ini berlaku kepada kawan sepejabat CK, namanya Jamie (nama timbangan yang CK berikan). Semalam suami kepada Jamie, Nan (nama ringkasannya) telah keluar ke Chow Kit untuk mencari sesuatu di sana. Sebelum itu Jamie telah memesan kepada Nan supaya membeli casing untuk iPhone kaler putih kepunyaannya.


Setibanya Nan di Chow Kit, Nan pun belilah casing tersebut daripada seorang peniaga di sana. Kata peniaga itu, casing tersebut diperbuat daripada leather. Belek punya belek Nan pun terus membayar RM30 sebagai 'mas kahwin' casing tersebut dan terus membawa pulang casing tu untuk diberikan kepada Jamie. Sampai saja kat rumah, Jamie pun dah tidur. Jadi, tak dapatla Jamie nak seronok-seronok dengan barang baru malam tu.

Esok paginya (pagi tadi), selepas bangun tidur Jamie pun pergi dapatkan casing iPhone yang baru dibeli Nan malam tadi. Jamie memang berpuas hati dengan pilihan Nan itu. Depan casing tu warna biru muda, perghhhhh memang cunnn habis.

Nak dijadikan cerita, semasa Jamie sedang berada dalam kereta tatkala menunggu enjin keretanya panas untuk ke tempat kerja, Jamie sekali lagi membelek-belek casing iPhone tu...maklumla barang barula katakan. Sedang asyik belek punya belek Jamie pun terperasan ada sesuatu yang tak kena pada casing tersebut. Terus Jamie teringatkan satu emel yang diterimanya tidak lama dulu berkenaan kulit bab1 sebagai bahan untuk menghasilkan casing handphone.

Apa lagi, sampai je pejabat Jamie terus maklumkan perkara ini kepada kawan-kawan termasuklah CK. Jamie pun tunjuklah pada kami. CK pun terperanjat bila melihat benda alah ni, tapi dalam hati CK masih 50-50 lagi sebab CK pun tak berani nak sahkan yang ia betul-betul kulit bab1. Kalau ikutkan memanglah sah ianya kulit bab1 sebab ada tanda 3 dot (setelah merujuk kembali emel Jamie dan rakan-rakan FB).

Oleh itu, kita perlulah lebih berhati-hati ketika membeli barang-barang yang diperbuat daripada kulit. Takut tersalah pilih "kulit"! Kepada peniaga ni pun satu hal. Tolonglah peka keadaan sekeliling. Nak berniaga, berniagalah. Kenalah tahu jenis-jenis barang yang dijual tu. Sebab dalam hidup ini kita perlukan keberkatan. Kerana jika yang haram tu kita halalkan maka tunggu jela azab Allah.

Dalam kes Jamie ni, kami sarankan padanya supaya buang jela casing tu bagi mengelakkan daripada timbul perasaan was-was.

Di sini CK pun memohon pertolongan kawan-kawan ye...tolong pastikan betul ke casing ni memang kulit bab1 atau bukan. Rujuk gambar di bawah ni, CK dah tandakan bulat-bulat merah pada 3 dot. CK tanda tu sebahagian saja hakikatnya casing tu penuh dengan 3 dot:



Sila Share Post CK Ini Sekiranya Anda Suka
Dapatkan Widget Ini!

12 comments:

  1. panjangnye cite CK....ape2 pun biarla kite mngelak pkai brg2 yg ade unsur2 Bab1 tu dr kite sntiasa was2..x gitu CK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktau anakduyung...nape tetiba harini CK nak jd sasterawan lak :P

      Delete
  2. oo.. nak kena check jugak nih... thanks share.. :) tu r pasal.. nak untung je tnpa fikirkan keberkatan.. untung byk tapi x berkat x guna gax...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aisya Lieza...hopes kita tak menjadi mangsa...

      Delete
  3. Melihat kepada susunan titik2 tuh, mungkin jugak bukan kulit binatang tuh rasanya...Wallahua'lam. Kena sahkan lagi dgn ustaz. Sebabnya kalau tak silap, susunan titik tuh bukanlah sebaris mcm yg kamu beli tuh. Biasanya titik2 tuh akan mnyerupai btnuk segitiga. Makna kata, masih 50-50 jugak.

    Apapun, kepada yg lain2, berhati-hati ketika membeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya CK pun tak pasti betul ke itu memang kulit dia. Betul apa2 pun kita kena berhati-hati

      Delete
  4. visit blog ku yaa, dari Indonesia http://majid-firmansyah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Serious ke ni??? Nak kena check balik la casing hp saya camni T_T Kot terbeli kulit bab1 pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CK pun tak dpt nak pastikan perkara ini. Sebelum ni mmg CK pun ada trima emel ttg isu kulit bab1 ni pd cover hp...

      Delete
  6. baru tahu pasal ni.. kalau kaler putih, senang la nampak, kalau kaler gelap, mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul gak tu...Emel yg CK dpt tu pun tunjuk casing kaler putih gak. Mgkn boleh nampak gak kot. Sbb kalau leather kaler hitam boleh nampak garisan2 mengerutu mcm crack tu...Wallahhu'alam

      Delete