Cikgu Kacamata


41
Gold Coast Morib With Love!


Gold Coast Morib With LOVE!!!.....


Percutian keluarga yang dianggotai oleh CK sendiri, isteri CK yang tersayang dan dua hero CK yang selalu kena gomol, Ammar Haziq dan Ammar Haryth, merupakan percutian yang singkat tapi penuh dengan keseronokan dan kemesraan. Sebenarnya bolehlah dikatakan percutian ini sebagai menyambut ulangtahun perkahwinan dan hari lahir kami berdua yang jatuh pada bulan Julai.

GC Morib ini langsung tidak tersenarai dalam senarai tempat percutian al-maklumlah kos bermalam terlalu mahal (bagi kami la)...tapi segalanya berubah apabila StreetDeal.my mengeluarkan kupon diskaun sebanyak 77% daripada harga asal di Facebook untuk menginap 2 hari 1 malam dan tiket masuk ke Water Theme Park untuk dua orang dewasa (jimat RM70). Cuma kupon ini tidak termasuk sarapan dan makan malam. Tanpa berlengah lagi CK pun ambillah peluang tersebut.....


Paling menyeronokkan, dilarang sama sekali membawa gadget dan henpon ke sana bagi memberi laluan kepada kami sekeluarga untuk bercuti dengan tenang dan yang paling penting dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada anak-anak. Cuma apa yang dibawa hanyalah sebuah kamera dan henpon yang hanya boleh menerima panggilan dan sms sahaja.

Apa kata jom kita terus terjah apa yang ada kat Gold Coast Morib ni.....


Kad Akses untuk bilik dan Wrist Tag ke Taman Tema Air


Jom preview apa ada di dalam bilik.....


Dari laluan masuk kelihatan ruang agak luas


 
Sepatutnya katil saiz 'King'. Bila dua-dua katil letak rapat begini, ia selalu bergerak-gerak



TV pun tak berapa diendahkan



Ooo...skodeng yee!


Best ke tak bilik air dia???.....




Memang 'class' jacuzzi dengan tingkap


   
Geram betul tengok bilik air ni



Apa yang ada semua kami bedal, hahaha


Yeah! Jacuzzi time.....

 
Kalaulah jacuzzi dan tingkap skodeng ni ada kat rumah, alamatnya tak keluar rumah la CK


Tamatlah aktiviti seharian di sana. Selepas check-in sekitar jam 3 petang (tunjukkan saja kupon/voucher pada kaunter dan tak perlu bayar deposit), CK shot apa yang patut dalam bilik. Pilihan bilik hanya boleh dibuat semasa check-in sahaja. Taman Tema Air mula dirasmikan sekitar jam 4.30 petang. Turun mandi petang tu tanpa membawa kamera sebab tiada siapa boleh jaga. CK dan isteri dah ada wrist tag percuma untuk masuk ke Taman Tema Air cuma anak-anak kena ukur ketinggian, jika tinggi lebih daripada 90cm jadi kena bayar RM20 seorang. Lepas ukur ketinggian mereka, alhamdulillah jimat lagi RM40. 6.30 petang naik ke bilik. Lepas maghrib, jacuzzi time!

Keesokan harinya, pagi-pagi CK dah keluar pergi cari sarapan. Cuma tapau saja. Walaupun dekat Lobi dah terang-terang ada tanda amaran yang makanan dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk, tapi CK abaikan jer. Lepas sarapan, cadang nak turun Taman Tema Air pukul 8 pagi, tapi apakan daya, hujan turun dengan selebat-lebatnya.....

 
Pandangan dari koridor tingkat 6 ketika hujan lebat sekitar jam 8 pagi



Rupa bentuk Taman Tema Air dari koridor


Syukur...hujan mulai reda pada jam hampir menunjukkan 10 pagi. Jadi kenala bergegas dan mandi sepuas-puasnya kerana check-out pukul 12 tengahari. Tak banyak gambar yang sempat CK shot kerana nak kejarkan masa. Lepas habis shot, CK simpan kamera dalam peti simpanan yang disediakan tapi dikenakan cas RM5 + RM10 deposit. Sambil tu sewa satu pelampung RM10 + RM10 deposit.....




Tanda-tanda amaran untuk memasuki Taman Tema


 
Gelongsor biru tu yang paling best kerana kelajuannya mampu menghilangkan serabut dalam kepala




   
Gambar kiri: 'scooter' yang paling digemari hero-hero CK






Sekitar jam 11.30 pagi, tiba masa berkemas untuk pulang. Tepat jam 12.30 tengahari, check-out time!

Sebelum pulang sempatlah kami berposing kat kawasan pantai di luar GC ni.....

 
Mereka berdua ni telah dipaksa habis-habisan untuk berposing


Alhamdulillah...Walaupun percutian ini singkat, CK berasa amat seronok ditambah pula dengan hero-hero yang sporting terutama main air kat Taman Tema walau beberapa kali lemas...tapi itu bukanlah penghalang bagi mereka untuk meneruskan aktiviti 'kuak dada' yang amat digemari mereka.


Di sini CK ada membuat sedikit 'review' Pro dan Kontra berkaitan dengan Gold Coast Morib:

Pro
  • Ada tanda arah Kiblat
  • Bilik yang luas, kemas dan selesa
  • Penghawa dingin jenis split
  • Ada kipas siling
  • Kemudahan seperti flat screen tv, hair dryer, kettle water heater dan mini freezer turut disediakan
  • Bilik air berjacuzzi
  • Wrist tag masuk ke Taman Tema Air untuk dua hari (tanpa menanggalkannya). Tidak seperti di Tiara Beach Resort, PD yang hanya membenarkan satu hari sahaja untuk satu wrist tag
  • Taman Tema Air yang menyeronokkan untuk seisi keluarga dan bersifat santai
  • Syarat pemakaian ketika bermandi di Taman Tema Air agak longgar walau syaratnya ketat pada papan tanda amaran
  • Pak Jaga dan Penyambut Tetamu semuanya mesra dan ramah walau ada segelintirnya tidak memahami Bahasa Melayu dan Inggeris


Kontra
  • Air shower mandian dan jacuzzi perlahan
  • Tiada tilam tambahan
  • Jarak antara 'Grill bar' di koridor agak luas (sekitar 6 inci). Bahaya ini amat terdedah pada kanak-kanak
  • Langsung tiada beg sampah dalam bilik
  • Persekitaran GC kurang menyenangkan kerana ada bau seperti bau bab*
  • Seperti yang selalu kita lihat di Malaysia, papan-papan tanda dan notis disekeliling, Bahasa Melayu ditempatkan ditempat kedua atau ketiga


Kesimpulan daripada percutian ini dapatlah CK ungkapkan bahawa ianya amat menyeronokkan. Daripada 5 bintang, CK beri 4 bintang. Jika ada rezeki, peluang dan masa insyaAllah CK akan ke sana lagi.





Sila Share Post CK Ini Sekiranya Anda Suka
Dapatkan Widget Ini!

41 comments:

  1. Replies
    1. Ok gak...pemandangan kat pantai pun menarik...

      Delete
  2. wahhhh.. cantiknya, teruja tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best mama...utk famili mmg sesuai...

      Delete
  3. maunya tak seronok tu ck..cuma bau tu yang tak seronokkan...mmg cantik tempatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat, pemandangan mmg cun...tp betul, bau kurang menyenangkan. Sibbik dlm bilik tak bau...

      Delete
  4. Assalamualaikum bestnya. dah lama tak singgah Morib. memang kena selalu check deals kalau nak pergi bercuti cara paling jimat kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam...

      CK last skali gi morib awal 90an kot. mmg dah tak reti jln ni. Yup, kena rajin tgk deal. Harga mmg jauh lebih murah drp biasa...

      Delete
  5. Bestnya dapat mandi kat taman tema air tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tujuan utama sampai kat GC Morib ni. Nak cari tempat yg ada tmn tema air. Kebetulan ada offer kat sini, ape lg...

      Delete
  6. seronoknya dapat bercuti bersama family.. tak pernah lagi pergi area morib tu..
    p.s: aiza menabung hishop&ford untuk CK.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercuti sblm puasa :D...CK pun baru 2-3 kali gi morib ni. last skali awal thn 90an...mmg dah taktau ape belaku kat sana.

      *Thanks aiza. CK alwayz with you and do often visit kedai pak Nang ;)

      Delete
    2. 2-3 tu banyak kali juga la.. aiza ni tak pernah sampai sana.. hihi..
      you are welcome CK.. aiza minum coca cola hotfm di kedai pak nang..

      Delete
    3. InsyaAllah...satu hari nanti mnkg aiza akan sampai sana gak...

      *Thanks 4 yr supported ;)

      Delete
  7. x sangka pulak kt cni ade tmn tema..best la ck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula...dgr baru lg tmn tema air tu. Mmg seronok kat sana. Pemandangan pun menarik...

      Delete
  8. bestnya bercuti dengan family.... tempat ni nampak sgt menarik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak g bercuti...sj lepaskan gian :D. CK akui tmpt ni mmg best. Bukan stakat GC tu sj, pemandangan pun mmg mengusik jiwa :)

      Delete
  9. cantik..luas jugak 2..mmg sronok la dpat bercuti dgn family =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula SKA. Mula2 tu tak rancang pun nak ke GC Morib ni. Nak g tmpt lain cdgnya. Tup tup ada offer kupon...

      Delete
  10. bestnye.. teringin nak pergi sana...

    ReplyDelete
  11. kita singgah n clik coke 1..:)

    ReplyDelete
  12. Murah (selepas discount le)... Xboleh mandi pantai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CK pegi ni pun psl ada diskaun, kalu tak ntah bilele jwbnye...hehe. boleh mandi pantai tu. kawasan pantai mmg bersih tp air laut je yg tak brapa best :(

      Delete
  13. besnyee tempat ni .teringin nak ajak family dtg cni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..jom...kena test g tmpt ni. Mmg best :)

      Delete
  14. best! mama tunz x perna ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama tunz kena try. Bg CK amat berbaloi RM150 tu dgn keseronokan dan kepuasan yg dperolehi :)

      Delete
  15. Replies
    1. A'ah...jalan2 kat sana pun best...stail kampung...

      Delete
  16. Teringin la nak pergi sini. Buat tempat honeymoon pun best ni. Hehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. CK kalau diberi peluang akan pergi lg. Boleh sgt aida, sbb kws ni pun agak sunyi. sesuai utk honeymoon selain langkawi ;)

      Delete
  17. Tak pernah tau plak situ ada theme park.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MF, theme park tu baru lagi tp tak pasti bila dibuka...

      Delete
  18. salam..nk tnya..diskaun dr streetdeal tu tuk weekday or weekend?tq :)

    ReplyDelete
  19. So informative. Tq CK

    ReplyDelete
  20. Hai singgah sini...bestnye tak sabar nak gi lps raya ni... dh bli kupon dri thn lepas lagi...x dan2 masa je nak pergi...

    ReplyDelete
  21. Bdk2 la paling happy bila dpt mandi kolam.. habis mandi kat water park sambung mandi jacuzi dlm bilik pulak... hihi

    ReplyDelete
  22. Bdk2 la paling happy bila dpt mandi kolam.. habis mandi kat water park sambung mandi jacuzi dlm bilik pulak... hihi

    ReplyDelete