Sebelum menukar atau menambah kod-kod pada Template, kita haruslah membuat "backup" terlebih dahulu. Ini bagi memastikan kod-kod pada Template sentiasa terpelihara dan tiada kerosakan berlaku pada blog-blog yang mungkin tanpa disedari kita terubah kod-kod tersebut.
Terdapat dua (2) kaedah untuk mambuat "backup" Template iaitu:
1. Klik butang "More options"
2. Pilih "Template"
3. Klik butang "backup/Restore"
4. "Download full template" dan save mana-mana tempat yang diingini
RESTORE
Ikuti langkah-langkah 1 hingga 3 di atas.
Langkah ke-4, klik butang "Browse" dan pilih lokasi backup template yang save tadi. Kemudian "Upload"
KAEDAH KEDUA
Kaedah ini sama seperti kaedah "Expand Widget Templates" seperti yang ditunjukkan sebelum ini. Untuk membuat backup, kaedah ini amatlah digalakkan kerana kita tidak akan tercicir walaupun satu kod. Cuma langkah ini agak mengambil masa dan perlu dilakukan berhati-hati agar tidak menganggu pada kod-kod;
1. Klik butang "More options"
2. Pilih "Template"
3. Klik butang "Edit HTML"
4. Klik pada semua simbol dalam bulatan merah hingga tiada kelihatan lagi
5. Klik sekali dalam kawasan kotak merah (rujuk gambar di atas). Pada keyboard, tekan butang "Ctrl+A" (untuk pilih semua kod) dan diikuti tekan butang "Ctrl+C" (untuk copy semua kod)
6. Buka Notepad (Start->All Programs->Accessories->Notepad) dan "Paste" kod-kod tadi dengan menekan butang "Ctrl+V" pada keyboard
6. Kemudian "Save"
Selesai!
visit and follow me back
ReplyDeletehttp://wickedguts.blogspot.com