Cikgu Kacamata


25
Buat Scrollbar Dengan Border Pada Komen Post


Kali ini, atas permintaan Mizz Aiza, CK nak tunjukkan cara-cara hendak Membuat Scrollbar Dengan Border dan Background Color Pada Komen Post pula. Tujuan meletakkan Scrollbar pada komen post ini adalah bertujuan hendak mengurangkan ruang jarak pada komen-komen yang banyak dan ia kelihatan kemas dan teratur malah dapat menjimatkan ruang blog daripada menjadi panjang berjela.



Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Klik "More options"

2. Pilih "Template" kemudian klik "Customise"



3. "Copy" kod di bawah:

#comments {
height:700px;
padding:5px 10px 10px 10px;
border:5px double #aaaaaa;
background:#fafafa;
overflow:auto;
}

Nota:

Pada "Blogger Template Designer", klik butang "Advanced"

4. Scroll bawah sikit dan klik "Add CSS"

5. Pada bahagian "Add custom CSS", "Paste" kod yang anda "copy" tadi di dalam kotak berwarna merah dan kemudian jangan lupa TEKAN ENTER sekali

6. Akhir sekali, klik butang "Apply to Blog"



Siap!






Sila Share Post CK Ini Sekiranya Anda Suka
Dapatkan Widget Ini!

25 comments:

  1. ok....ilmu baghu pade awok.... lagi satu CK.... macam mane nak buat kat setiap komen tu ade butang reply.... sebab awok udah try bertuko.... still tak keluo.... dan butang reply keluo kat komen yang last sekali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, cuba kaedah ni untuk wujudkan reply komen tu:

      Kat blogger.com, klik More options, pada drop down menu tu klik Settings;
      Sebelah kiri, klik Posts and comments;
      Pada Comment Location di ruangan Comments, pilih Embedded;

      Sebelah kiri, klik pula Other;
      Pada Allow Blog Feed, pilih Full;

      Kemudian Save settings

      Jika tak berjaya roger lg CK...

      Delete
    2. ok...awok udah try... Alhamdulilah.... berjaye...tq CK..... jenuh awok caghi sebelum ni.......

      Delete
    3. terus awok letak blog mike dalam bloglist awok....... tq bebanyakkkkk CK

      Delete
    4. Saya dah cuba, berjaya. Terima kasih. Lepas ni mudah sikit saya nak balas komen.

      Delete
    5. Alhamdulillah...lepas ni senang nak reply komen. Sejak blogger tukar interface baru ni mcm2 diorg tukar. Kalau bg senang takpe, ni bg lg susah :(
      Anyway thanks all supported CK...

      Delete
    6. Ck..kalau tukar comment location ke emmbeded..
      maknanyer comment kita dah xleh popup ke.

      Delete
  2. yeay.. tutorial ni nampak senang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah mama. takyah edit dlm Edit HTML tu. Mudah sikit kaedah ni :)

      Delete
  3. terima kasih di atas tutorial ni CK.. lepas tarawih malam nanti insya-Allah aiza cuba buat.. :D
    menabung di kedai pak nang macam biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama my dear...
      Thanks memberi tangan gatal ni kat CK ;)

      Delete
    2. aiza tak cuba buat lagi.. malam hari tu tak sempat pula nak buat sebab internet slow.. pagi esoknya pula aiza kena tergesa-gesa balik kampung sebab opah aiza meninggal.. aiza memang nak buat juga..

      Delete
    3. dah jadi.. terima kasih CK.. bagi angpau raya untuk CK.. :D

      Delete
    4. Alhamdulillah...kalau aiza nak tukarkan warna dan jenis border tu pun boleh. Nak warnakan background pun boleh...
      Thanks aiza...as usual, sampul hijau utuk aiza gak ;)

      *al-fatihah buat arwah2 :'(

      Delete
  4. cikgu. sy nk tnya macam mana nk but border pada tajuk sidebar dn post..hrp cikgu boleh beri tunjuk ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masukkan Border Pada Post Title:

      Template -->> Edit HTML dan cari kod ini:

      h4 {

      Kemudian copy kod ini dan paste selepas/di bawah kod h4 { tadi:

      border:2px dashed #000000;
      padding:5px;



      Masukkan Border Pada Sidebar Title:

      Template -->> Edit HTML dan cari kod ini:

      h2 {

      Kemudian copy kod ini dan paste selepas/di bawah kod h2 { tadi:

      border:2px dashed #000000;
      padding:5px;


      *nota:
      2 - Tebal border,
      dashed - Jenis border,
      #000000 - Warna border.


      Rujuk tutorial ini untuk menukar jenis dan warna border -->> http://cikgukacamata.blogspot.com/2013/06/buat-border-pada-sidebar-blogger.html

      Delete
  5. maaf cik guru saya mau tanya permaslahan di blog sya seperti gambar http://3.bp.blogspot.com/-fcDrqSfLZoE/UfaXcAiEvbI/AAAAAAAAKCw/saFRINInMaw/s320/kotk+komtar.jpg ,,di tak banyk menuseperti punya cik guru

    ReplyDelete
  6. yha mantap tu cikguuu

    ReplyDelete
  7. shark dh berjaya buat..
    thanx CK..
    mmg sonang turtorial nie

    ReplyDelete
  8. terima kasih cikgu... tutorial yg mmg senang...

    ReplyDelete
  9. Pilih situs yang pasti pasti aja yuk boskuhh !!
    Bermain di #Komopoker terbukti 💯% aman & terpercaya lohh !!

    Yuk buruan gabung sekarang juga GRATISS & nikmati keuntungannya :
    ✔️ Bonus New Member 30%
    ✔️ Bonus Deposit Harian 5%
    ✔️ Bonus Rollingan / Mingguan 10%
    ✔️ Bonus Refferal 10%
    ✔️ Bonus Cashback up to 0.3%
    ✔️ Proses Deposit & Withdraw yang cepat tanpa ribet
    ✔️ Deposit dapat melalui antar bank & via pulsa ( Telkomsel & XL )

    Contact us :
    👉 WA : +85515886681
    👉 DAFTAR KOMOPOKER
    👉 AGEN POKER DEPOSIT PULSA

    ReplyDelete