Cikgu Kacamata


4
Buang Ruang (Gap) Antara Post Dan Post


Pada kebiasaannya, apa yang dapat kita lihat pada senarai-senarai post terutama pada muka hadapan blog, terdapat jarak antara post ke post hingga membuatkan blog kita memanjang ke bawah. Ini dapat diatasi dengan membuang atau mengurangkan jarak tersebut supaya kita dapat menjimatkan sedikit ruang pada blog. Sekiranya anda ingin membuang atau mengurangkan jarak pada sidebar widget pula, bolehlah lihat pada tutorial Buang Jarak (Gap) Antara Sidebar Widget.



Jalan penyelesaiannya, lihat langkah-langkah di bawah:

1. Pilih "More options"

2. "Template" kemudian klik butang "Customise"



3. "Copy" kod di bawah:
.date-outer{
margin-bottom:-30px;
}
.post-outer{
margin-bottom:-30px;
}

Pada "Blogger Template Designer", klik butang "Advanced"


4. Scroll bawah sikit dan pilih "Add CSS"

5. Pada bahagian "Add custom CSS", "Paste" kod yang anda "copy" tadi di dalam kotak berwarna merah dan kemudian jangan lupa TEKAN ENTER sekali
*anda boleh ubah nilai "margin-bottom" mengikut kesesuaian blog anda.

6. Kemudian "Apply to Blog"



Itu saja yang perlu anda lakukan!






Sila Share Post CK Ini Sekiranya Anda Suka
Dapatkan Widget Ini!

4 comments: