Cikgu Kacamata


20
Rezeki Sebelum Buka Puasa


Alhamdulillah...Rezeki Allah kurniakan sebelum berbuka puasa.....

Petang semalam, CK bersama hero CK yang sulong, Ammar Haziq telah berkomplot dua beranak pergi memancing dekat parit kecil simpang depan rumah. CK saja gatal-gatal tangan sebab dah lama tak pegang joran lagipun dah berjanji dengan Ammar nak bawa pergi mancing. Lagi satu CK pun nak anak-anak mewarisi hobi memancing ini. Jika ditakdirkan CK dah takde kat dunia ni, siapalah nak 'lenjan' barang-barang pancing ni kalau bukan mereka. Gewang-gewang antik CK yang CK sayang dan dah lama kumpul ni, bukankah milik mereka nanti...


Inilah port yang dikatakan. Parit tak luas tapi penghuni di dalamnya...

Dah lebih empat tahun CK tinggal sana tapi semalam baru pertama kali dapat melabuhkan umpan di situ. Geram bila melihat anak-anak sepat main atas permukaan air. Niat utama hendak mendapatkan anak-anak sepat atau puyu. Jadi CK sediakanlah set kelengkapan paling ringan sahaja.

Operasi bermula dari jam 6.10pm berlarutan hingga jam 6.40pm. Dengan berbekalkan joran jenis 'telescopic pole' empat keratan (panjang keseluruhan 16'), tali tangsi 6lb dan mata kail saiz 6, umpan isi udang segar + garam pun dilabuhkan. Nampaknya tiada langsung ragutan dan sentapan dirasakan.

Sambil menanti umpan diragut, CK terdengar bunyi haruan sedang menyambar sesuatu. Tanpa berlengah CK terus melabuhkan umpan disitu. Tak sampai 5 minit, umpan yang dilabuhkan terus disambar dengan rakusnya. CK terpaksa melayan dahulu larian si ikan sebab mata kail yang dipasang amat kecil dan mudah terlucut dari tangsi dan mulut si ikan jika tergopoh.

Selang beberapa saat, seekor haruan berskala antara 500g~600g berjaya didaratkan, alhamdulillah.....


Ammar sedang 'menglamourkan' diri berposing dengan haruan


Terus CK tunjukkan pada Ammar. Bila suruh pegang, lari lintang-pukang kegelian...hehe.


Reaksi Ammar bila haruan menggelupur :D


Si haruan tu pun tak nak melepaskan peluang untuk 'menginterpremkan' diri jugak. Shotla juga pose dia nanti kecil hati pulak.....


Haruan sedang berposing dalam raga EX5


Itulah, CK tak sangka petang tu boleh dapat haruan. Bagi CK saiz haruan tu agak besar jika dibandingkan dengan luas parit...tapi rezeki Allah Ta'ala berikan. Syukur Alhamdulillah.
Hilanglah sikit gatal-gatal tangan ni. Buat Ammar, tertunaila juga hajat mengikut daddy pergi mancing depan rumah :)

*nota: bagi kaki-kaki pancing diluar sana, bolehlah layari MyGewang.com bagi mendapatkan barangan berkaitan dunia pancing di sana!




Sila Share Post CK Ini Sekiranya Anda Suka
Dapatkan Widget Ini!

20 comments:

  1. huiyoo.. hero dapat ikan haruan tu.. aii CK, letak ikan dalam bakul motor je? tak melompat lah pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki...hehe.
      Haruan tu dah berjanji, kalau nak amik gambar dia, dia takkan lompat :D

      Delete
  2. Seekor je ke? haha...excited je pegang pancing tu tapi geli..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah...dpt sekor jer. Hehe, tu pun jenoh suruh posing :D

      Delete
  3. Ikan haruan pakai umpan katak ke hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umpan CK guna isi udang segar yg dilumur dgn garam. Ni CK tak casting...kalau casting, katakle jd mangsanya :D

      Delete
  4. Assalamualaikum, rezeki. alhamdullilah. sheila tak expect kat situ boleh ada ikan haruan sebesar tu. hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam...
      Alhamdulillah...Mmg tak sangka ada ruan besar tu. Set mancing CK sediakan set paling ringan lak tu. tangsi tu kalau tarik sikit pun leh putus...ape2 pun mmg rezeki CK petang tu :)

      Delete
  5. alhamdulillah rezeki.. susah nak dapat ikan haruan sekarang nikan? aiza singgah isi tabung seperti biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruan skrg makin pupus aiza. port2 dia pun dah byk tercemar. nak harap skrg ni kat parit tali air kws bendang je. Tu pun nak kena tggu musim buang air...

      *thanks aiza, CK pun dah menjalankan tanggungjwb ;)

      Delete
  6. memang seronoklah kalau memancing dapat ikan..kalau xdpt mmg sedih..hahahahxD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar mancing ni, tak dpt ikan tu dah pasti, yg dpt mgkn 50-50 jer. Betul tu AL, kalau tak dpt ikan mmg sedih. pastu tak puas hati, turun mancing lg...:D

      Delete
  7. he3..wlwpn seekor je..msti puas kn =) best memancing ni..nk2 kalau than pukat..skali agkat..perh..rezeki blan ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huuu...sekor tu pun dah membuatkan hati ni terhibur SKA. Janji balik tak tangan 0...hehe

      Delete
  8. Besarnya haruan ni. Em, garam tu pula nak buat apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan gak tu...lumur garam kat udang tu petua arwah mak CK dulu. Dulu selalu pegi mancing ngan arwah kat tali air bendang. Arwah mmg hustler bab2 mancing sepat, puyu, keli dan ruan. mmg inilah umpan yg digunakan utk memperdaya ikan2 air tawar ni. Sbb lumur garam tu lak CK tak pasti, mgkn nak hilangkan hanyir udang air masin tu kot...

      Delete
  9. boleh tahan jugak besonye..... ni ubat oghang pompuan lepaih bersalin niii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...ubat paling mujarab tu. tambah2 ruan liar :)

      Delete
  10. Pilih situs yang pasti pasti aja yuk boskuhh !!
    Bermain di #Komopoker terbukti 💯% aman & terpercaya lohh !!

    Yuk buruan gabung sekarang juga GRATISS & nikmati keuntungannya :
    ✔️ Bonus New Member 30%
    ✔️ Bonus Deposit Harian 5%
    ✔️ Bonus Rollingan / Mingguan 10%
    ✔️ Bonus Refferal 10%
    ✔️ Bonus Cashback up to 0.3%
    ✔️ Proses Deposit & Withdraw yang cepat tanpa ribet
    ✔️ Deposit dapat melalui antar bank & via pulsa ( Telkomsel & XL )

    Contact us :
    👉 WA : +85515886681
    👉 DAFTAR KOMOPOKER
    👉 AGEN POKER DEPOSIT PULSA

    ReplyDelete